Streetdeal.my

Rabu, 1 Julai 2015

MyLibur.com - PELUANG KERJA DI RUMAH SAMBIL JANA PENDAPATAN

Konsep bekerja dari rumah bukanlah perkara baru di Malaysia. Konsep ini telah lama dipraktik sebelum zaman permulaan dan kemajuan IT lagi. Cuma ianya dilakukan secara tradisional seperti contoh menjual kuih-muih, nasi lemak bungkus, kerepek dan lain-lain lagi. Pada ketika itu penjualan dilakukan dari rumah ke rumah atau berniaga pada masa-masa tertentu di tepi-tepi jalan di lokasi yang strategik. Perniagaan tradisional tersebut masih lagi dilakukan sehingga kini.

Sejak bermula era IT sehingga kini, kerja dari rumah telah berevolusi banyak kali sejajar dengan perkembangan dan kemajuan teknologi semasa. Budaya kerja dari rumah semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia sejak akhir-akhir ini berikutan peningkatan kos sarahidup yang semakin tinggi yang menjadi faktor utama. Selain daripada itu kesesakan lalulintas, pergi ke dan balik daripada tempat kerja dan tekanan beban kerja atau stress juga telah mendorong orang ramai mencari peluang kerja lain yang lebih fleksible, kurang stress dan dapat meluangkan banyak masa atau masa berkualiti bersama ahli keluarga masing-masing.

MyLibur.com adalah salah satu contoh daripada banyak-banyak pilihan kerja dari rumah. MyLibur.com hanya beroperasi dari rumah dan tidak memerlukan modal yang besar untuk memulakan perniagaan ini. MyLibur.com hanya fokus kepada aktiviti agensi pelancongan yang dijalankan atas talian sahaja. Fungsi utama MyLibur.com ialah menghubungkan orang ramai dengan maklumat perjalanan yang mereka perlukan. Manakala tugas hakiki anda pula hanya membawa mereka ke laman sesawang MyLibur.com sahaja. Biarlah mereka yang melayarinya dan jika mereka berkenan, mereka boleh terus menempahnya. Di sini tidak ada orang tengah sebab orang ramai terus berurusan dan pembekal-pembekal atau penyedia-penyedia pengkhidmatan. Itu sebab banyak harga tempahan dapat dikurangkan dan pada hari-hari tertentu ada potongan harga lagi. Itulah konsep yang ingin MyLibur.com cuba perkenal dan perkembangkan ke dalam masyarakat Malaysia hari ini.

Laman sesawang MyLibur.com boleh di'access' di mana-mana sahaja di dunia ini selagi ada kemudahan internet seperti wifi dan broadband serta laptop, tablet atau sekurang-kurangnya talipon pintar. Jadi pejabat anda boleh berada di mana-mana sahaja mengikut masa dan keselesaan anda. Anda adalah segala-galanya dalam perniagaan ini. Anda adalah bos dan anda juga adalah kuli. Jadi banyak penjimatan boleh dibuat jika anda berminat dengan peluang ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai peluang menjana pendapatan atau perniagaan online seperti MyLibur.com, bolehlah anda melayari laman sesawang  www. bandinghotels.com/hasni67.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan