Streetdeal.my

Rabu, 24 Jun 2015

MyLibur.com - PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

Antara peranan yang dimainkan oleh MYLIBUR.COM adalah menghubungkan orang ramai dengan maklumat perjalanan yang mereka cari. Apabila mereka ingin kemana-mana, maklumat perjalanan boleh mereka perolehi di web MYLIBUR.COM. Tempahan juga boleh terus mereka buat di situ juga. MYLIBUR.COM adalah applikasi web yang MUDAH, PANTAS dan BERBALOI dilayari oleh sesiapa sahaja yang berhajat.

Fokus perkhidmatan MYLIBUR.COM buat masa ini hanyalah terarah sebagai PUSAT SEHENTI PERJALANAN ONLINE sahaja. Maksudnya lebih kurang begini, MYLIBUR.COM tidak menyediakan pakej yang lengkap seperti tempahan hotel dan kapalterbang termasuk lawatan di sesuatu tempat seperti yang lazim di lakukan oleh AGENSI PELANCONGAN. Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan berasingan antara satu dengan yang lain. Walaubagaimanapun harga keseluruhan yang ditawarkan tidak mengecewakan malah kadang-kala lebih murah.

Perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh MYLIBUR.COM pada asasnya adalah seperti berikut:-

  • Hotel - Tempahan bilik hotel untuk penginapan. Ada 2 pembekal perkhidmatan yang kami gunakan iaitu agoda.com dan hotelscombined.com. Kedua-dua mempunyai fungsi yang sama tetapi masing-masing ada kelebihan tersendiri. Boleh tempah bilik hotel di serata dunia.
  • Penerbangan - Tempahan tiket kapalterbang untuk penerbangan dalam negeri dan juga luar negara. Pilihan yang banyak di kalangan syarikat-syarikat penerbangan di serata dunia.
  • Cruise - Tempahan percutian menaiki kapal layar merentasi lautan sambil bergembira di dalam kapal dengan bermacam-macam permainan yang menarik. Pengalaman  menakjubkan yang sukar dilupakan.
  • Bas - Tempahan tiket bas express dalam negara termasuk Singapura dan sebahagian negara Thailand.
  • Kereta sewa - Tempahan pelbagai jenis kenderaan ringan untuk kegunaan anda apabila sampai ke destinasi. Tempat pengambilan dan pemulangan kenderaan yang mudah seperti di lapangan-lapangan terbang dan tempat-tempat tertentu di bandar-bandar besar.
  • Video - Perkhidmatan percuma untuk anda meninjau keadaan dan tempat-tempat serta aktiviti-aktivit menarik di negara yang anda ingin lawati sebelum anda membuat tempahan dan bayaran ke sana. 
  • Setor online - Pembelian barangan-barangan pengembaraan yang perlu daripada setor amazon.com untuk kemudahan perjalanan anda.

Kami sedang berusaha untuk mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti keretapi, feri dan homestay untuk kemudahan anda semua. Kami akan kemaskini web MYLIBUR.COM dari masa ke semasa. Semoga anda suka dengan perkhidmatan-perkhidmatan sedia ada buat masa ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan